Thursday, January 27, 2011

TiRaMiSu n MaDu

Apakah?


Apa yang akan anda fikir apabila melihat gambar ini??

A: Budak dua orang ni mungkin sedang tunggu giliran tasmik kat rumah syekhah kot.
B: Rasanya mungkin diorang melawat seorang banduan.
C: Tak tahu la.Kenapa ek?
D: Suka hati diorang la nk duduk kat mana-mana pun.

Aku rasa semua jawapan kat atas tu salah.Aku rasa diorang berdua ni terkurung kat luar rumah..kehkehkeh..(jgn mare ea).

Aku namekan 2 orang mangsa@kanak-kanak ribena ini sebagai Tiramisu(bertudung putih) n Madu(bertudung hitam).Nyum nyum nyum...sedap jugak,rasa nak makan pun ada.heheh..Kenapa aku namakan 2 mangsa@kanak-kanak ribena ni macam ni.

Tiramisu:
  1. Suka makan tiramisu kot.
  2. Gayanya skema seperti cara2 nak buat tiramisu.(yg ni xde kena mengena kot.)
  3. Cik Tiramisu boleh isi sendiri ek @ sesape saje yg tahu pasal Tiramisu ini.
Madu:
  1. Sebab nama dia ada kaitan dgn madu.Samada,lebah ke,sarang dia ke,atau madu itu sendiri.
  2. Dia ni sangat manissss orangnya.Sweeeetttt sour gtu.
  3. Yang ni pun aku biarkan Cik Madu isi.

Pada satu pagi,setelah bangun dari tidur.Tiramisu n Madu pergi ke kelas al-Quran yang terletak di pintu selatan(Bab Syimali,aku rasa r).Tanpa sarapan mereka bergegas keluar.Aku rasa mereka ni tak sempat gosok gg.heheheh..

Setelah memerah otak di kelas.Mereka pulang ke resort di mana tempat mereka bermalam sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak ribena.Setibanya di resort,mereka diberitahu oleh penjaga resort bahawa mereka tidak boleh masuk untuk mengambil barang yang mereka tinggalkan buat sementara waktu kerana penjaga resort itu kehilangan kunci.hoh..sudoh,gane nok buat tuh.

Lalu,tersadailah mereka di luar resort itu seperti yang dilihatkan di dalam gambar sambil menunggu 'Ninja Turtle' datang menyelamatkan mereka.Kasihan mereka.Nasib baik Cik Penjaga Resort yang memahami
'bahasa perut' mereka memberi mereka sedikit makanan(roti+BBQ) yang ada untuk mengalas perut.

Sebenarnya,aku pun tak tahu siapa yang terkurung@dikurung@mengurung. Hakikatnya,aku la yang mengambil gambar mereka dari dalam resort itu.So,apa kesimpulannya??

To Tiramisu n Madu: Cik Penjaga Resort memohon maaf kerana terkurung kamu berdua di luar resort.Beliau kata,"kamu berdua sungguh sssssswwwweeeeeeeettttttttt".heheh...beliau juga kata,seronok dapat kenal dengan kamu berdua yang sangat comel,kenangan dengan kamu berdua pasti tak dapat dilupakan.Semoga ukhwah Tiramisu,Madu n Cik Penjaga Resort berkekalan hingga ke syurgaNya.Cik Penjaga Resort sayang Tiramisu n Madu keranaNya..:)

“Tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari & Muslim)

nota keyboard: kisah ini telah ditambah sedikit perisa utk menjadi lebih sedap.Terima kasih kepada pihak penaja rempah kari 'Babas'.kehkehkeh...
   

1 comment:

intonasi said...

HOIII SoRIII!!!