Friday, January 28, 2011

Cuti

Di saat umat Islam tenggelam dalam tindakan umat Islam itu sendiri,baru aku nampak matlamat aku harus lebih jelas.Cuti kali ini amat bermakna bagi aku kerana aku rasa aku makin dapat melihat apa yang selama ini aku rasakan masih kabur walaupun most of the time,aku spent cuti aku dengan men'join' skuad memasak di Irbid.Dalam skuad memasak yang aku join ni,aku bukan setakat dapat ilmu memasak,aku turut dapat ilmu tentang ukhwah dan dakhwah.Aku tidak pernah rasa rugi dan terkilan kerana tidak berjalan ke negara orang cuti ini malah aku rasa bersyukur dan beruntung kerana dengan perjalanan sahabat-sahabat aku sendiri,aku turut mendapat ibrah daripada cerita-cerita mereka."Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang suka berkongsi".

Sebelum ini,tiap kali cuti.Aku akan merancang cuti dengan aktiviti meng'explore negara orang.Walaupun tempat yang aku pergi tu takde la jauh sangat,tapi bagi aku ok la tu sebagai seorang wanita yang tiada mahramnya.Agak-agak la oi nak berjalan.Selagi aku berada di negara orang ni,aku tak nak lepaskan peluang melihat dunia yang pelbagai warna.Jauh perjalanan,luas pengalaman,bertambah pengetahuan.Ecece..nampak matang plak.Aku sokong kawan-kawan aku yang pergi bercuti keranaNya itu.

Ramai kawan-kawan yang tanya aku,"Nape mu dok tubik mano-mano cuti ni"(yang ni aku keliru kelantan ke terengganu),"Awat hang tak p mana-mana" n macam-macam version lagi seperti jawa dan sebagainya.Sebenarnya,aku ingin membuat kelainan sikit dalam tempoh percutian aku kali ini.Aku tak nak pergi jalan-jalan kerana aku nak mencapai matlamat aku,tapi masih belum tercapai sepenuhnya.Dalam mencapai matlamat itu,aku ternampak banyak kesalahan aku(bukan kesalahan tidak memilih utk berjalan).

Aku harus jelas dengan matlamat aku.Bukan kuantiti matlamat yang aku nak capai,tapi apa tindakan aku untuk capai matlamat itu.Dan matlamat aku itu bukanlah kecil dan sikit,tapi besar dan banyak rupanya.Apa yang lebih penting,aku harus jelas dan faham.

No comments: