Friday, January 21, 2011

Hanya kerana 1 nombor

'Silent sunlight, welcome in,There is work I must now begin,All my dreams have blown away,And the children want to play,They'll soon remember things to do,When the heart is young.....bla...bla...'(ni bunyi ringtone je)

"Hello,salam...sape ni??Tengah-tengah hari celik kol aku ni??",tanya Para sebaik sahaja mengangkat telefon.

"Eh kau ni.Nombor aku pun kau tak 'save' ke?Ni Lella la.Teruk betul",jelas suara Lella di hujung talian.

"Laa..kau ke,aku ingat sape tadi.Aku rase aku dah 'save' nombor kau.Seyes aku tak tipu.Tapi apasal tak keluar nama kau ek",Para kehairanan.Fikirnya,Lella menukar nombor baru lagi.Bukan dia tidak biasa dengan perangai Aspalella yang suka buat panggilan hangus dengan nombor barunya.Barangkali mahu menjadi pelapis FBI dan Para Paujana dalam Cool Fm agaknya.

"Rileks la kau ni,jangan gelabah sangat.Ntah-ntah,kau ter'save' 2 kali kot.Tak tahu la aku.Hah,btw,kau nak aku teman ke petang ni?Kata nak ajak aku teman.Aku punya tunggu mesej kau,takde pun.Tu pasal aku 'call'."

"Eh..yeke.Banyak kali dah aku anta mesej,kau yang tak balas-balas.Aku 'call' tak angkat-angkat plak.Salah nombor kot,nanti aku cek semula.Memang la aku nak kau teman kalau boleh.Kau ok ke?Tapi aku tak 'sure' lagi jadi ke tak pergi.Kalau aku tak mesej kau tu maknanya tak jadi la tu",terang Para lagi.

"Oh..ok.Aku pun sama la,kalau aku tak balas mesej kau tu maknanya aku tak dapat nak teman kau la petang ni.'Parents' aku kata nak balik kampung petang ni,tapi tak 'sure' lagi.Kredit aku pun dah nak kering ni.'So',paham-paham la yer",jelas Lella.

"Ok..bereh deh.Tunggu la mesej dari teman kesayanganmu ni ek..hekhekhek,k,tatatititutut..".

biiiippppp...talian dimatikan.Para terus menge'cek' nombor Lella yang difikirnya ada dua.

"Emm...sama je nombor Lella ni,tapi pelik plak,nape nama dia tak naik masa dia 'call' tadi ek..Ahh..handset aku ni nak buat 'probs' lagi la ni",Para bermonolog.Dia melihat nombor Lella sekali lalu.

***************************

Aspalella dan Asparagus memang sangat akrab sejak kecil lagi.Bagai kelopak mata dengan mata.Takde kelopak,tak tidur la dibuatnya.Tidak pernah berenggang sehinggalah masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara di dua buah negara yang berbeza.

Petang itu,Para menghantar mesej pada Lella untuk pergi ke rumah Mek Tok di tepi sungai kurus (slim river) yang terletak di hujung kampung.Setelah setengah jam,mesej tidak berbalas.Fikirnya,Lella tidak dapat menemaninya.

"Emm...takpe la.Lella balik kampung kot.Aku nak 'call' dia takde kredit plak.Adoiyaii..Sorang-sorang la aku jalan petang ni nampaknya..eeee..,camne ni,da la kawasan tu tak ramai orang".Para tekadkan semangat untuk pergi juga walaupun bersendirian.Sudah lama dia menangguh,maknya pun sudah banyak kali membebel.

****************************

Malam itu,selesai sahaja solat Isyak di masjid,Lella terus masuk ke kereta menunggu ayahnya.Di dalam masjid tadi,tidak nampak pula kelibat Para.Kebiasaannya,Para juga akan ikut ayahnya ke masjid seperti yang dilakukannya.Lella kehairanan.Petang tadi,tidak juga dia mendapat apa-apa mesej dari Para untuk pergi ke rumah Mek Tok.Disangkanya,Para tidak jadi pergi.Rasa risau menyelubungi diri.Dilihat 'handset'nya berkali-kali dengan harapan terima mesej dari Para.Kelihatan ayahnya keluar dari masjid.

"Ayah,Pak Mat Tempe ada tak tadi??",tanya Lella sejurus ayahnya masuk ke dalam kereta.

"Pak Mat Tempe takde tadi.Kata orang kampung,dia ada di hospital sekarang".

"Eh..nape yah??Pak Mat Tempe sakit ke??Para pun takde tadi.Para pun ada kat sana la yer??",tanya Lella kerisauan.

"Eh..bukan.Anak dia,kawan baik kau la,si Para tu..Ada orang cuba merogol dan membunuh dia petang tadi kat hujung kampung tu.Nasib baik,kebetulan masa tu ada budak-budak kampung yang lalu kat situ nampak.Apa lagi,diorang serang pastu tangkap la penjahat tu".

"Astagrfirullah...camne boleh jadi camtu.Ni semua salah Lella ni ayah.Lella yang tak pergi teman dia petang tadi",air mata berjujuran jatuh ke pipi Aspalella.Tak sangka perkara ini berlaku pada sahabat yang paling disayanginya.Rasa bersalah terus menghukum diri.

"Lella..nape ni??Cuba cerita pada ayah.Nape salah Lella pulak ni.Takpe,esok kita pergi lawat Para.Kita bagi dia semangat ek",ayah Lella cuba meredakan tangisan Lella.

*************************

"Para,maafkan aku Para.Tak sangka semua ni berlaku pada kau.Ni semua salah aku.Mungkin aku yang tak 'save'kan nombor aku betul-betul dalam 'handset' kau hari tu",

"Dah la Lella,bukan salah kau.Aku yang tak cek betul-betul semalam padahal kau da 'call' aku kan.Semua dah berlaku.Aku hidup lagi ni",jelas Para dengan lemah.Hanya kerana nombor Lella yang tersalah 'save' dari 0145229669 kepada 0145229969 telah merubah hidup Para.(yang tetukar tu nombor 6 dengan 9 la)Bagaimanapun,itu semua takdir.Dia redha.Dia tidak pernah menyalahkan sesiapa.Baginya,jika diberi pilihan,dia relakan sahaja peristiwa hitam itu berlaku pada dirinya daripada ditimpa ke atas Lella.Lella sudah banyak kali menyelamatkan dan berkorban untuk dirinya sepanjang mereka bersahabat.Baginya,Lella sudah seperti kakak kandungnya.Begitulah kasihnya Asparagus dan Aspalella.

Ohh...Asparagus.Sedapnyerrrr...


Nota keyboard: Sayangilah sahabat anda,jangan biarkan mereka keluar berseorangan.Malang itu tidak berbau,kalau berbau pasti ianya sangat busuk...ekehkehkeh..


No comments: