Friday, January 28, 2011

Cuti

Di saat umat Islam tenggelam dalam tindakan umat Islam itu sendiri,baru aku nampak matlamat aku harus lebih jelas.Cuti kali ini amat bermakna bagi aku kerana aku rasa aku makin dapat melihat apa yang selama ini aku rasakan masih kabur walaupun most of the time,aku spent cuti aku dengan men'join' skuad memasak di Irbid.Dalam skuad memasak yang aku join ni,aku bukan setakat dapat ilmu memasak,aku turut dapat ilmu tentang ukhwah dan dakhwah.Aku tidak pernah rasa rugi dan terkilan kerana tidak berjalan ke negara orang cuti ini malah aku rasa bersyukur dan beruntung kerana dengan perjalanan sahabat-sahabat aku sendiri,aku turut mendapat ibrah daripada cerita-cerita mereka."Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang suka berkongsi".

Sebelum ini,tiap kali cuti.Aku akan merancang cuti dengan aktiviti meng'explore negara orang.Walaupun tempat yang aku pergi tu takde la jauh sangat,tapi bagi aku ok la tu sebagai seorang wanita yang tiada mahramnya.Agak-agak la oi nak berjalan.Selagi aku berada di negara orang ni,aku tak nak lepaskan peluang melihat dunia yang pelbagai warna.Jauh perjalanan,luas pengalaman,bertambah pengetahuan.Ecece..nampak matang plak.Aku sokong kawan-kawan aku yang pergi bercuti keranaNya itu.

Ramai kawan-kawan yang tanya aku,"Nape mu dok tubik mano-mano cuti ni"(yang ni aku keliru kelantan ke terengganu),"Awat hang tak p mana-mana" n macam-macam version lagi seperti jawa dan sebagainya.Sebenarnya,aku ingin membuat kelainan sikit dalam tempoh percutian aku kali ini.Aku tak nak pergi jalan-jalan kerana aku nak mencapai matlamat aku,tapi masih belum tercapai sepenuhnya.Dalam mencapai matlamat itu,aku ternampak banyak kesalahan aku(bukan kesalahan tidak memilih utk berjalan).

Aku harus jelas dengan matlamat aku.Bukan kuantiti matlamat yang aku nak capai,tapi apa tindakan aku untuk capai matlamat itu.Dan matlamat aku itu bukanlah kecil dan sikit,tapi besar dan banyak rupanya.Apa yang lebih penting,aku harus jelas dan faham.

tit tutttt

hari ni
pagi
makan
membuat
keja
amal

tengah hari
makan
sambung
kerja

petang
ziarah
kawan
insaf.
teman
kawan
beli
barang

malam
aktiviti
sendiri
makan

nota keyboard: baca guna cara tersendiri

Thursday, January 27, 2011

TiRaMiSu n MaDu

Apakah?


Apa yang akan anda fikir apabila melihat gambar ini??

A: Budak dua orang ni mungkin sedang tunggu giliran tasmik kat rumah syekhah kot.
B: Rasanya mungkin diorang melawat seorang banduan.
C: Tak tahu la.Kenapa ek?
D: Suka hati diorang la nk duduk kat mana-mana pun.

Aku rasa semua jawapan kat atas tu salah.Aku rasa diorang berdua ni terkurung kat luar rumah..kehkehkeh..(jgn mare ea).

Aku namekan 2 orang mangsa@kanak-kanak ribena ini sebagai Tiramisu(bertudung putih) n Madu(bertudung hitam).Nyum nyum nyum...sedap jugak,rasa nak makan pun ada.heheh..Kenapa aku namakan 2 mangsa@kanak-kanak ribena ni macam ni.

Tiramisu:
  1. Suka makan tiramisu kot.
  2. Gayanya skema seperti cara2 nak buat tiramisu.(yg ni xde kena mengena kot.)
  3. Cik Tiramisu boleh isi sendiri ek @ sesape saje yg tahu pasal Tiramisu ini.
Madu:
  1. Sebab nama dia ada kaitan dgn madu.Samada,lebah ke,sarang dia ke,atau madu itu sendiri.
  2. Dia ni sangat manissss orangnya.Sweeeetttt sour gtu.
  3. Yang ni pun aku biarkan Cik Madu isi.

Pada satu pagi,setelah bangun dari tidur.Tiramisu n Madu pergi ke kelas al-Quran yang terletak di pintu selatan(Bab Syimali,aku rasa r).Tanpa sarapan mereka bergegas keluar.Aku rasa mereka ni tak sempat gosok gg.heheheh..

Setelah memerah otak di kelas.Mereka pulang ke resort di mana tempat mereka bermalam sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak ribena.Setibanya di resort,mereka diberitahu oleh penjaga resort bahawa mereka tidak boleh masuk untuk mengambil barang yang mereka tinggalkan buat sementara waktu kerana penjaga resort itu kehilangan kunci.hoh..sudoh,gane nok buat tuh.

Lalu,tersadailah mereka di luar resort itu seperti yang dilihatkan di dalam gambar sambil menunggu 'Ninja Turtle' datang menyelamatkan mereka.Kasihan mereka.Nasib baik Cik Penjaga Resort yang memahami
'bahasa perut' mereka memberi mereka sedikit makanan(roti+BBQ) yang ada untuk mengalas perut.

Sebenarnya,aku pun tak tahu siapa yang terkurung@dikurung@mengurung. Hakikatnya,aku la yang mengambil gambar mereka dari dalam resort itu.So,apa kesimpulannya??

To Tiramisu n Madu: Cik Penjaga Resort memohon maaf kerana terkurung kamu berdua di luar resort.Beliau kata,"kamu berdua sungguh sssssswwwweeeeeeeettttttttt".heheh...beliau juga kata,seronok dapat kenal dengan kamu berdua yang sangat comel,kenangan dengan kamu berdua pasti tak dapat dilupakan.Semoga ukhwah Tiramisu,Madu n Cik Penjaga Resort berkekalan hingga ke syurgaNya.Cik Penjaga Resort sayang Tiramisu n Madu keranaNya..:)

“Tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari & Muslim)

nota keyboard: kisah ini telah ditambah sedikit perisa utk menjadi lebih sedap.Terima kasih kepada pihak penaja rempah kari 'Babas'.kehkehkeh...
   

Monday, January 24, 2011

'Ustaz Cinta'

Cinta menjadikan manusia suka disuruh.
Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh.
Namun,cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah.
Cinta menjadi penunduk kehambaan.
Hambalah manusia kepada sesama hamba,
yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak, buang saudara,
kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi,
ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta.
Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat Islam yang hebat.
Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam.
Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

Justeru dalam medan yang pelbagai itu,
ustaz ini memperjuangkan cinta.

Cinta yang diteladani dari seorang Nabi.

Seorang Murabbi.
MURABBI CINTA.

nota keyboard: nak promote buku MURABBI CINTA walaupun dah basi.Tapi ok gak sebab tak keluar tv lagi(sebenarnya tak tahu nak tulis apa..hukhukhuk..)

Friday, January 21, 2011

Hanya kerana 1 nombor

'Silent sunlight, welcome in,There is work I must now begin,All my dreams have blown away,And the children want to play,They'll soon remember things to do,When the heart is young.....bla...bla...'(ni bunyi ringtone je)

"Hello,salam...sape ni??Tengah-tengah hari celik kol aku ni??",tanya Para sebaik sahaja mengangkat telefon.

"Eh kau ni.Nombor aku pun kau tak 'save' ke?Ni Lella la.Teruk betul",jelas suara Lella di hujung talian.

"Laa..kau ke,aku ingat sape tadi.Aku rase aku dah 'save' nombor kau.Seyes aku tak tipu.Tapi apasal tak keluar nama kau ek",Para kehairanan.Fikirnya,Lella menukar nombor baru lagi.Bukan dia tidak biasa dengan perangai Aspalella yang suka buat panggilan hangus dengan nombor barunya.Barangkali mahu menjadi pelapis FBI dan Para Paujana dalam Cool Fm agaknya.

"Rileks la kau ni,jangan gelabah sangat.Ntah-ntah,kau ter'save' 2 kali kot.Tak tahu la aku.Hah,btw,kau nak aku teman ke petang ni?Kata nak ajak aku teman.Aku punya tunggu mesej kau,takde pun.Tu pasal aku 'call'."

"Eh..yeke.Banyak kali dah aku anta mesej,kau yang tak balas-balas.Aku 'call' tak angkat-angkat plak.Salah nombor kot,nanti aku cek semula.Memang la aku nak kau teman kalau boleh.Kau ok ke?Tapi aku tak 'sure' lagi jadi ke tak pergi.Kalau aku tak mesej kau tu maknanya tak jadi la tu",terang Para lagi.

"Oh..ok.Aku pun sama la,kalau aku tak balas mesej kau tu maknanya aku tak dapat nak teman kau la petang ni.'Parents' aku kata nak balik kampung petang ni,tapi tak 'sure' lagi.Kredit aku pun dah nak kering ni.'So',paham-paham la yer",jelas Lella.

"Ok..bereh deh.Tunggu la mesej dari teman kesayanganmu ni ek..hekhekhek,k,tatatititutut..".

biiiippppp...talian dimatikan.Para terus menge'cek' nombor Lella yang difikirnya ada dua.

"Emm...sama je nombor Lella ni,tapi pelik plak,nape nama dia tak naik masa dia 'call' tadi ek..Ahh..handset aku ni nak buat 'probs' lagi la ni",Para bermonolog.Dia melihat nombor Lella sekali lalu.

***************************

Aspalella dan Asparagus memang sangat akrab sejak kecil lagi.Bagai kelopak mata dengan mata.Takde kelopak,tak tidur la dibuatnya.Tidak pernah berenggang sehinggalah masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara di dua buah negara yang berbeza.

Petang itu,Para menghantar mesej pada Lella untuk pergi ke rumah Mek Tok di tepi sungai kurus (slim river) yang terletak di hujung kampung.Setelah setengah jam,mesej tidak berbalas.Fikirnya,Lella tidak dapat menemaninya.

"Emm...takpe la.Lella balik kampung kot.Aku nak 'call' dia takde kredit plak.Adoiyaii..Sorang-sorang la aku jalan petang ni nampaknya..eeee..,camne ni,da la kawasan tu tak ramai orang".Para tekadkan semangat untuk pergi juga walaupun bersendirian.Sudah lama dia menangguh,maknya pun sudah banyak kali membebel.

****************************

Malam itu,selesai sahaja solat Isyak di masjid,Lella terus masuk ke kereta menunggu ayahnya.Di dalam masjid tadi,tidak nampak pula kelibat Para.Kebiasaannya,Para juga akan ikut ayahnya ke masjid seperti yang dilakukannya.Lella kehairanan.Petang tadi,tidak juga dia mendapat apa-apa mesej dari Para untuk pergi ke rumah Mek Tok.Disangkanya,Para tidak jadi pergi.Rasa risau menyelubungi diri.Dilihat 'handset'nya berkali-kali dengan harapan terima mesej dari Para.Kelihatan ayahnya keluar dari masjid.

"Ayah,Pak Mat Tempe ada tak tadi??",tanya Lella sejurus ayahnya masuk ke dalam kereta.

"Pak Mat Tempe takde tadi.Kata orang kampung,dia ada di hospital sekarang".

"Eh..nape yah??Pak Mat Tempe sakit ke??Para pun takde tadi.Para pun ada kat sana la yer??",tanya Lella kerisauan.

"Eh..bukan.Anak dia,kawan baik kau la,si Para tu..Ada orang cuba merogol dan membunuh dia petang tadi kat hujung kampung tu.Nasib baik,kebetulan masa tu ada budak-budak kampung yang lalu kat situ nampak.Apa lagi,diorang serang pastu tangkap la penjahat tu".

"Astagrfirullah...camne boleh jadi camtu.Ni semua salah Lella ni ayah.Lella yang tak pergi teman dia petang tadi",air mata berjujuran jatuh ke pipi Aspalella.Tak sangka perkara ini berlaku pada sahabat yang paling disayanginya.Rasa bersalah terus menghukum diri.

"Lella..nape ni??Cuba cerita pada ayah.Nape salah Lella pulak ni.Takpe,esok kita pergi lawat Para.Kita bagi dia semangat ek",ayah Lella cuba meredakan tangisan Lella.

*************************

"Para,maafkan aku Para.Tak sangka semua ni berlaku pada kau.Ni semua salah aku.Mungkin aku yang tak 'save'kan nombor aku betul-betul dalam 'handset' kau hari tu",

"Dah la Lella,bukan salah kau.Aku yang tak cek betul-betul semalam padahal kau da 'call' aku kan.Semua dah berlaku.Aku hidup lagi ni",jelas Para dengan lemah.Hanya kerana nombor Lella yang tersalah 'save' dari 0145229669 kepada 0145229969 telah merubah hidup Para.(yang tetukar tu nombor 6 dengan 9 la)Bagaimanapun,itu semua takdir.Dia redha.Dia tidak pernah menyalahkan sesiapa.Baginya,jika diberi pilihan,dia relakan sahaja peristiwa hitam itu berlaku pada dirinya daripada ditimpa ke atas Lella.Lella sudah banyak kali menyelamatkan dan berkorban untuk dirinya sepanjang mereka bersahabat.Baginya,Lella sudah seperti kakak kandungnya.Begitulah kasihnya Asparagus dan Aspalella.

Ohh...Asparagus.Sedapnyerrrr...


Nota keyboard: Sayangilah sahabat anda,jangan biarkan mereka keluar berseorangan.Malang itu tidak berbau,kalau berbau pasti ianya sangat busuk...ekehkehkeh..


Thursday, January 20, 2011

Gua lu Ajaib la

Tersebutlah sebuah kisah satu hari,Pak Mat Tempe bersama isteri dan anak tercinta keluar dari kampungnya yang terletak nun jauh di pedalaman.Hajat dihati mahu pergi bersiar-siar.

Setelah 2 jam pejalanan,tibalah mereka di pusat bandar yang penuh sibuk.Akibat terlalu lama rarely mereka tidak ke bandar,gaya mereka sudah seperti rusa masuk ke kampung.Macam jakun la maksudnya...

Dengan ghairahnya,mereka berjalan dan terus berjalan sehingga sampai di sebuah bangunan yang tersegam indah.

"Tak pernah aku melihat rumah sebesar ini di kampungku,siap kembar lagi tu",Pak Mat Tempe bermonolog.

"Abah,ni bangunan apa ni??besar sungguh.Mengapa ramai orang keluar dan masuk",anaknya bertanya sambil menggaru kepala yang memang gatal.

"Barangkali,ada kenduri kawin disitu",fikir isterinya.Mungkin menyangka ianya rumah seperti Pak Mat Tempe.

"Kalau begitu,ayuhlah kita ke sana,lihat apa yang ada,untung-untung makan free kita hari ni",tambah Pak Mat dengan penuh yakin.

Dengan langkah seribu kurang satu,mereka masuk ke bangunan tersebut dengan penuh kehairanan.Pelik sungguh mereka sehingga masing-masing diam sejuta kata,sambil memerhati keadaan sekeliling yang sungguh alien bagi mereka.

Dari satu sudut,Pak Mat memerhati seorang wanita cina tua berjalan terkedek-kedek menghala ke sebuah pintu.Kemudian,pintu itu terbuka dengan sendirinya,lalu wanita tua itu pun masuklah ke dalamnya.Setelah itu,pintu itupun tertutup semula.Pak Mat Tempe terus memerhatikan dengan penuh asyik memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.

            **********************

'bink....'Tiba-tiba,pintu itu terbuka.Lantas Pak Mat Tempe jatuh terjelepuk sambil menyapu-nyapu matanya yang sememangnya rabun.Anaknya yang berada tidak jauh darinya terus berlari mendapatkan Pak Mat.Kehairanan.Seorang amoi a.k.a wanita cina yang muda dan seksi keluar dari pintu tersebut.

"Abah,tiada angin,tiada ribut,macam mana boleh jatuh??",anaknya tanya kehairanan.

"Nak,panggil mak kau,suruh dia masuk dalam gua ajaib itu",bisik Pak Mat pada anaknya sambil menunjuk ke arah pintu yang diperhatikannya.Pintu lif yang diperhatikan selama ini disangkanya gua ajaib yang bisa menukarkan wanita tua kepada wanita muda yang seksi.Hahahahaha...cian Pak Mat.

Anaknya yang masih kebingungan tidak faham dengan kehendak ayahnya sekali lagi menggaru kepala yang memang gatal dek kutu dengan kadar speed yang lebih laju.

Ni bukan gua ajaib beb.Gambar h i a s a n je.



nota keyboard:cerita ini tiada kena mengena dengan yang belum mati atau pun yang dah tak hidup.Jangan jadi katak bawak peti ais ok.=)


  


Cetusan memori


kenangan itu,memori itu,
aku simpan
terkunci dalam peti semalam,
kerana
semalam tidak akan hadir
bertemu hari ini

telah ku kambus seribu rasa
bersama bunga yang masih mekar
biar bunga itu 
tidak bisa dipetik lagi

kau mengerti
antara kita berdua
pasti ada yang ketiga
usah berdalih
mengata tidak
"ahhh...aku bisa menjaga"
itulah bisikan yang ketiga

andai malam
kau termimpi-mimpi
andai siang
kau terbayang-bayang
alunan suara
kau terngiang-ngiang
membuahkan rindu
menambahkan sayang
itukah menjaga??

aku takut
aku resah dalam gelisah
andai diri ini hilang
hanyut dalam lautan semalam
dalam kembara
mencari redhaNya
redhakah Dia??
Sang Pencipta

aku lelah menunggu
apa yang tidak pasti
terus dalam kesamaran
meninggalkan persoalan


sampai kapan???
lima tahun??enam tahun??
atau selamanya??
kamu ingin membiarkan
titik hitam itu
merajai 
kau dan aku
pertunangan itu
belum bisa memberi yang halal

bukan sengaja
kuputuskan semua ini
bukan hilang kesabaran
bukan hilang kepercayaan
tetapi
aku yakin
kau tidak bisa menjaganya
kerna 'saat' itu masih jauh
dipetik menjadi
bidadarimu
aku menunggu yang halal

tika ini 
biarkan
memori itu
terus terkunci 
dalam peti semalam
rasa itu
terus terkambus
bersama bunga mekar

tiba detik nanti
andai benar 
terciptanya aku
dari rusuk kirimu
kan ku biar kau
 membuka
kunci peti semalam
menghurai 
rasa yang terkambus
bunga mekar itu
adalah
bidadari milikmu

Ya Rabb
insan kerdil ini
hanya ingin mencari redhaMu
noda hati ini
titik hitam ini
hanya Kau bisa memadam
keampunanMu kudambakan




nota keyboard: jangan tunang lama2 beb..