Sunday, March 27, 2011

nothing

malammalamyangsangathardbagiku.everythingmenjadisangatsusahrasanya.ohsangatdalamdelema.

ohorangyangberadadimalaysiatu.tungguakuuntukbuatapaapakeputusan.

mogaAllahtunjukkankitajalankeluar.

YaAllah,keluarkanakudaridelemaini.akuhambamuyanglemah.


nota keyboard: delema ini sangat susah seperti susahnya nak baca ayat-ayat di atas."Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk mengharungi sagala ujian ini."

Saturday, March 26, 2011

Part 1-Gerimis Pelangi

Sudah tiga bulan berlalu.Penantian Addin makin tiba.Entah kenapa hari yang dilalui dirasakan begitu pantas.

"Ad,esok pagi-pagi lagi dah nak gerak ke sekolah kamu.Nape tak tido lagi ni??Dari petang dok menghadap laptop,nanti esok mulalah kamu bangun lambat.Ibu malas nak dengar ayah kamu tu dok membebel."suara ibu memecah sunyi malam.

"Yer bu,Ad nak tidur la ni.Sikit je lagi,Ad tengah 'chat' dengan Biha ni.Dia ingat nak tumpang sekali esok,ayah dia 'outstation'''.

"Hah,dah habis 'chat' nanti terus tidur,jangan nak buat benda lain plak.Pesan kat Biha,esok nak bertolak awal".

Ad hanya senyum tanpa menjawab walaupun sepatah.Kalau di jawab,mula la panjang ceritanya.


****************************************************

"Ad,cepat sikit,ayah dengan abang kamu dah tunggu dalam kereta tu.Biha pun dah sampai.Tula,semalam ibu da suruh tidur awal.Degil."

"Yer bu,da siap da ni,Ad cari kad pengenalan Ad tadi tapi takde,kang tak boleh ambik 'result' kang sia-sia je keluar pagi-pagi".

"IC Ad kan ada kat ibu.Ad bagi ibu pegang hari tu kan.Hish budak ni..pelupa betol".ngomel ibu.

Ad hanya tersenyum kambing kerana malu.Lalu dia berlari anak ke arah kereta ayahnya.Sebaik sahaja masuk,ayahnya memulakan ceramah.Aduh..berdesing telinga Ad dibuatnya.

*************************************************

"Tahniah Ad,tak sangka akhirnya kamu tersenarai dalam pelajar yang mendapat 'straight A'.Kamu pun sama yer Adam.Tahniah.tahniah".

"Terima kasih cikgu,ni pun atas usaha cikgu jugak.Kalau bukan kerana cikgu tak jemu mengajar kami..yedak??".

Sebaik sahaja mendapat 'result' SPM.Ad terus berlari ke arah ibu dan ayah untuk menunjukkan keputusan SPMnya yang cemerlang.

"Tahniah Ad,Adam.Ayah bangga dengan kamu berdua.Hanya kamu berdua permata yang ibu ayah ada.Ayah tiada harta lain melainkan kamu berdua.Ok..lepas ni kita pergi makan,kita 'celebrate' kejayaan kamu semua.Biha pun tahniah,takpe tak dapat 'straight' A.Satu subjek je yang B kan.Ok tu,boleh sambung belajar lagi."

"Emm..terima kasih pak cik."

***************************************************

"Ok..kamu semua duduk dulu,ayah dengan ibu nak pergi ambik 'order' dulu yer".Ibu dan ayah berlalu.

"Weh,korang rasa,korang nak sambung apa lepas ni??"Adam mulakan bicara.

"Ad nak gi 'toilet' jap,korang borak la dulu."Ad bangun dari tempat duduknya..

"Add.......".pintas Adam.Gedebuk...terjatuh da....

Ad bangun dan hanya mencebik bibir kepada lelaki tersebut.Dia berlalu sambil mengomel sendirian.

"Amboi...baiknya cik kak.Da langgar tak reti nak minta maaf.Hei...ko pesan kat kawan ko,awek ko ke and what so ever la.Kalau da buat salah tu jangan jadi macam orang bisu".

Adam hanya tersenyum.Sebaik sahaja lelaki itu berlalu,dia dan Biha ketawa bagai nak pecah perut.Mereka ketawa terbahak-bahak sehingga Ad sampai semula ke meja tempat mereka duduk.

"Eh.eh.eh...amboi-amboi.Seronoknya korang yer.Apsal ketawa macam nampak badut ni??".sindir Ad..

"Takde lah dek,laki yang adek langgar gila marah kat adek tadi.Siap pesan suruh abang cakap kat adek.kalau da buat salah jangan jadi macam orang bisu".Adam menggayakan seperti lelaki tersebut..

Serentak hilai tawa mereka memecah apabila melihat gaya Adam.

"Ah..dia yang buta,pandai plak nak kata orang bisu."kata Ad setelah penat ketawa.Terlihat lelaki tadi lalu disebelahnya memandang dengan penuh geram.Ad buat muka selamba sambil menjeling dengan mata yang tajam.


bersambung........

Wednesday, March 23, 2011

Syukur dan Syakur

Apa beza syukur dan syakur??


Dari segi ketinggian?


Kematangan?


Darjat?


Kegemukkan?


Ok..kita fokus.Aku bukan cakap pasal orang yang bernama syukur atau syakur sebenarnya yer.Syukur dan syakur yang aku maksudkan adalah satu nikmat Allah Taala yang mungkin bukan semua orang boleh dapat.


Syukur dan syakur secara 'generalnya' nampak beza.Nampak tak?Nampak tak??Yer..mestila nampak,beza pada huruf U dan A.Tapi dari segi darjatnya,syakur lebih tinggi darjatnya daripada syukur.Tapi dua-dua ni adalah nikmat syukur dalam keadaan yang berbeza.Ok..aku dah belit.Mesti pening kan3..??Aku bagi 2 kes.


Kes 1
Adam berjaya mendapat 23A++ dalam SPMnya.Adam sangat bersyukur pada Pemberi Kurnia dengan result yang diperolehinya.Dia melompat-lompat pulang ke rumah untuk menunjukkan keputusan SPM kepada ibu bapanya.


Ok..yang ni orang kata apa??Ini boleh kata syukur.


Kes 2
Ar Rayyan mendapat 22A+ dan 1G(gagal) dalam SPMnya.Namun begitu,dia tetap bersyukur pada Pemberi Kurnia dengan resultnya walaupun dia gagal.Dia yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik kegagalannya.Dia berazam untuk terus berusaha dan bersabar atas segala yang berlaku.


Ok..yang ni orang kata syakur.Sifat syukur yang sangat mendalam hatta pabila ditimpa musibah,seseorang itu masih sangat-sangat bersyukur tanpa menyalahkan sedikit pun takdirNya.Malah,sifat ini diiringi dengan sifat sabar.


Kalau nak dibahaskan lagi 2 sifat ini sangatlah panjang.Ada pelbagai pendapat dan hujah(boleh klik kalau nak tahu.Ada 2 link aku bagi) lagi.Walaubagaimanapun,kita boleh jadikan 2 sifat ini sebagai satu motivasi untuk kita terus meningkatkan kualiti amal dan ibadah kita.InsyaAllah.


Kamu syukur kerana kamu bersyukur.So,syukur ni satu nikmat kan?so,bersyukurlah kita apabila kita di kalangan orang yang bersyukur.


M Quraish Shihab dalam buku Menyingkap Tabir Ilahi menuturkan sebuah dialog antara seorang sufi dengan seorang awam sebagai berikut :

‘Seorang sufi bertanya pada seseorang,”Bagaimana syukur menurut Anda?”Lalu dijawab,”Kalau kami memperoleh nikmat, kami memuji Tuhan dan bila tidak, kami bersabar.” Sang sufi berkomentar,”Buat kami tidak demikian. Jika kami mendapat nikmat, kamidahulukan orang lain atas diri kami sehingga kami memberinya (nikmat tersebut) dan walau kami tidak mendapat nikmat, kami tetap bersyukur karena kami merasa bahwa dalam petaka pun kami tidak luput dari nikmatNya.” ‘

Mungkin level kita masih sangat jauh di bawah sang sufi dalam kutipan di atas, namun Asy-Syakur (Sang Maha Penerima Syukur) tidak akan pernah menyia-nyiakan kebajikan yang diperbuat oleh setiap hambaNya meski kadarnya hanya seberat biji sawi.


~Waallahua'lam~

Nota keyboard: Motivasi fatrah exam.~Alhamdulillah,moga kita semua dalam kalangan orang yang bersyukur dan syakur~Jangan dok sebok jeles-jeles bila tengok orang usaha sikit tapi dapat lebih.Syukur+sabar yer!!

Monday, March 21, 2011

Patah tumbuh Hilang berganti

Tak sangka
begitu sekejap putaran waktu
semalam aku kehilangan
seorang guru dalam hidup aku
hari ini Allah gantikan
dengan hadirnya
seorang bakal pejuang Islam
insyaAllah
Adam Ar-Rayyan Amirul Helmi

Wahai si anak kecil.Moga hadirnya dikau,menambah lagi kader-kader Salehuddin Al-Ayubi.Menjulang panji-panji Islam yang sudah lama terkulai.Semoga dikau membesar dengan sihat,cerdas,cergas disaat kali pertama kau mendengar kalimah "Lailahailallah,Muhammadarasulullah".







Nota keyboard: Anak sedara keempat.Sangat eksited nak jumpa rasanye.Tunggu cik Im yer Adam sayang.

Sunday, March 20, 2011

Innalillah wa innalillahi rojiun

~Takziah buat keluarga arwah Sir Ishak Mustapha Kamal~

Semalam aku kehilangan seorang guru.
Juga seorang motivator bagiku.
Mengajar aku.
Bukan sahaja tentang cell tubuh,malah lebih dari itu.

Derita ditanggung tiada siapa yang tahu.
Senyuman terukir tak pernah jemu
Bagai baru semalam mendengar suaramu,melihat sayu wajahmu.
Namun hari ini,Dia menjemputmu dahulu.

~Al-Fatihah~

surah Al-hadid verse 23..
“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jgn berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan tidak pula terlalu gembira dgn nikmat yang diberikanNya kpdmu…”


Nota keyboard: Kau selalu memberi,tapi kami tak sempat berbakti."Ya Rahman,ya Rahim.Kau rahmatilah pemergiannya.Tempatkan guruku,Sir Ishak Mustapha Kamal dalam kalangan orang-orang yang soleh".Amiinn..

Wednesday, March 16, 2011




Ya Rabbi
Berikan aku secebis kekuatan
Kekuatan yang hanya ada padaMu
Jadikan aku lebih baik dari semalam
Kerna ku tahu
Diri ini hanya mampu hidup dalam tarbiyahMu






Nota keyboard: masih mencari identiti diri.Dimanakah kita meletak diri ini??Adakah sentiasa dekat denganNya??

Falling in LOVE

Sungguh..kali ni aku tak tipu.aku memang dah jatuh cinta.REALLY IN LOVE.uhibbu jiddang jiddang...(arab versi terengganu)..sape boleh tolong aku ni??.Masalah yang aku hadapi ni,bukan cinta pandang PERTAMA,tapi pandang kedua,ketiga,keempat n seterusnya..nak katanya,memang dah banyak kali pandang la.Sekali pandang memang rasa tak nak lepas,sebab tu aku pandang banyak kali.huh...teruk betul rasanya.

"ohhhh....tiada terpaling indah,sewaktu bersamamu tuuuuttttt......lalalalala..."(aku nyanyi)

Dalam hati ada taman bunga.Nak study pun tak tenang,terbayang-bayang di mata.Bermain-main di jiwa.Buatkan aku rasa nak jerit...aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....ok,esok exam anat lab.

Bila lama tak pandang,seriyes aku rasa rindu sangat.Sampai aku rasa nak face to face.What i want to show/say is what i want to share.


Taaaadaaaaaa........























Apa maksud gambar2 ni semua??adakah anda tak sabar nak dapat anak??oh....bukan macam tu(masih sabar..errrr....tak kawin lagi).All the pics are the one(errr...two three four and so on...) that made me falling in love.I love them so so so much...don't know how to describe it.Sampai aku pasang cita-cita nak jadi pakar gigi kanak-kanak la katakan..Oh..jauhnya..

Bila pandang kids ni,aku rase tenang je.Seronok.Why??Mereka ni suci dari sepalit dosa dan noda.Cuba pandang orang dewasa @ pemuda pemudi ke...tenung lama2,sakit mata dibuetnyo,kadang2 sakit hati pun ada(Termasuk pandang diri sendiri)..Why??biasa la..manusia takkan terlepas dari dosa.

Memandangkan diri ini masih bujang,so aku letak la gambar anak2 sedara and anak2 orang je..Nak tunggu anak sendiri lambat lagi...yedak??Aku pernah terpikir nak kawin dengan orang arab sebab nak dapat anak muka arab(opppss......yang ni aku ngarut).Tapi hakikatnya,tak kesah la mak bapak orang mana pun hatta orang jowo.Bagi aku kids ni memang comel dan menyeronokkan.

Tahun ni aku akan tambah sorang lagi koleksi kanak-kanak dalam famili aku,and tahun depan,insyaAllah,kalau ada rezeki cepat,tambah satu lagi.Ok,bukan aku yang nak beranak yer skrunk,tapi kak ngah aku yang dah nak bersalin tak lama lagi,moga-moga dipermudahkan lah yer.And satu kes lagi,mebi sorang lagi akak aku akan kawin akhir tahun ni o awal tahun depan...semoga cepat kawin and dapat anak cepat2..hahaha...aku plak yang tak sabor tunggu anak diorang.. 





See,tengok,lihat...Amacam??jatuh cinta tak??Ni sorang lagi budak yang dah buat aku jatuh cinta.Geram betol aku tengok budak ni.ok...tatatitutut kids..Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia..Jumpa lagi!!

~Acik yang merinduimu


Nota keyboard: Boleh tak kalau nak ada anak tapi tak nak kawin lagi??(jangan salah paham,maksud aku anak angkat).ok..aku ngarut lagi.Ooh...lupa,esok aku nak exam anat.Doakan aku yer!!

Friday, March 11, 2011

Surat Cintaku



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa


Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat



Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat



Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga



Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


~Hijjaz~


sebenarnya post ni aku buat masa 12 Rabiulawal hari tu..tgh2 mlm.tapi tiba2 aku tertidur sebelum mengepostnya dan bila bgun,tak ku sedar post ini sudah tiada,ntah bila aku shut down laptop pun aku x tau.tiba2 rasa nk cek draft,eh..ada post ni rupanya,telupa ianya mmg telah tersave tpi tidak di publish

~~rindu padanya walaupun x pernah bersua,tanpa pejuangannya,mungkin aku tidak merasa nikmat iman dan Islam.."Sesungguhnya apa yang ku dambakan,adalah CINTA Allah yang Esa,kerana cinta kepada Rasulullah,beerti CINTA kepada Allah".(paling suka part ni)


nota keyboard: indahnya andai surat ini sampai pada Rasulullah S.A.W..banyakkan selawat ke atasnya.Sollu ala Nabi.."Ya Allah,andai aku jatuh cinta pada sesuatu atau pada manusia,janganlah kau kurangi CINTA aku padaMu dan pada RasulMu,malah tambahkanlah"

Wednesday, March 9, 2011



Ya Habiballah..
Mampukah aku mengukir cintaku padamu
seperti sucinya cintamu pada umatmu
Mampukah aku mengungkap rinduku padamu
seperti dalamnya rindumu pada umatmu
Tatkala wajah ini belum kau lihat

Ya Habiballah..
Indahnya jika dapat bersamamu
Menatap wajahmu
Mendengar suaramu



nota keyboard: Sollu a'la Rasulullah Salallahu a'laihiwasalam..syafaatlah daku ya Rasulullah.Layakkah kita bergelar umatnya andai diri culas mengamalkan sunnahnya??~muhasabah~

Tuesday, March 8, 2011

~abiSHATbachan dalam kenangan~

Berikut adalah profil mangsa:

Nama Penuh: Abishatbachan Shatirah Abd Halim(di 'bin'kan dgn mak sbb da meninggal,siap ada nama atuk)
Umur Akhir: 1 Tahun 2 Bulan 5 Jam 21 Min 17.5 Saat(betol x??aku teka je)
Makanan Kegemaran: 'Mee kering'
Hobi: Berlaga bersama ibu tercinta @ bersama diri sendiri
Cita-cita: Menjadi.....(x sempat di temu ramah)


Tarikh Kematian: 4 Mac 2011
Waktu Kematian: Pada suatu pagi(mungkin)
Sebab Kematian: Belum dibedah siasat.(Mungkin lemas kerana kekurangan oksigen)
Simtom Sebelum Kematian: Loss appetite,kurang aktif,sesak nafas,mungkin mengalami pendarahan otak selepas kemalangan.

"Cek sedih la sebab cek yang jaga dia,bagi makan dia.Dah la dia takdak bapak.Kalau dok tension study,dia la yang hiburkan hati cek,biaq pun cek nampak mcm orang gila,gelak sorang2.Tak sangka,la ni...dia p dulu tinggalkan cek..sobsobsob..(kesat hingus)."ulas ibu mangsa.

"Aku rasa kehilangan la jugak.Dulu masa ibu dia jalan2 ke mesir dulu,aku tolong jaga,tengok-tengokkan dia.Tapi takpelah,da sampai waktunya.Tak sangka cepat masa berlalu."kata ibu angkat mangsa.



Dalam kenangan~
Cermin ajaib abishat(buat berlaga dgn diri sendiri)


Allah ‘azza wa jalla berfirman:

"Tiap-tiap umat memiliki ajal ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya. (al-A’raaf: 34)


nota keyboard: Setiap kematian itu adalah pasti.Adakah anda sudah bersedia menghadapNya??Tepuk dahi,tanya iman.

Friday, March 4, 2011

ok..ak hupdate la ni..


tiba-tiba




aku





terbaca





satu





blog




classmate




aku ni.




blog



tu



membuatkan




aku




xde




mood



utk




tulis



best



ckit.



notakeyboard: ni buatkan aku rase cam nk biarkan je id blog aku bernama-anaantienta.blogspot..
"ya Allah,jgnlah Engkau siksa aku atas apa yg mereka katakan,ampunilah mereka atas apa yg tidak mereka ketahui dan jadikan aku lebih baik dari apa yg mereka katakan"