Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
~Hijjaz~
sebenarnya post ni aku buat masa 12 Rabiulawal hari tu..tgh2 mlm.tapi tiba2 aku tertidur sebelum mengepostnya dan bila bgun,tak ku sedar post ini sudah tiada,ntah bila aku shut down laptop pun aku x tau.tiba2 rasa nk cek draft,eh..ada post ni rupanya,telupa ianya mmg telah tersave tpi tidak di publish
~~rindu padanya walaupun x pernah bersua,tanpa pejuangannya,mungkin aku tidak merasa nikmat iman dan Islam.."Sesungguhnya apa yang ku dambakan,adalah CINTA Allah yang Esa,kerana cinta kepada Rasulullah,beerti CINTA kepada Allah".(paling suka part ni)
nota keyboard: indahnya andai surat ini sampai pada Rasulullah S.A.W..banyakkan selawat ke atasnya.Sollu ala Nabi.."Ya Allah,andai aku jatuh cinta pada sesuatu atau pada manusia,janganlah kau kurangi CINTA aku padaMu dan pada RasulMu,malah tambahkanlah"
No comments:
Post a Comment