Wednesday, March 23, 2011

Syukur dan Syakur

Apa beza syukur dan syakur??


Dari segi ketinggian?


Kematangan?


Darjat?


Kegemukkan?


Ok..kita fokus.Aku bukan cakap pasal orang yang bernama syukur atau syakur sebenarnya yer.Syukur dan syakur yang aku maksudkan adalah satu nikmat Allah Taala yang mungkin bukan semua orang boleh dapat.


Syukur dan syakur secara 'generalnya' nampak beza.Nampak tak?Nampak tak??Yer..mestila nampak,beza pada huruf U dan A.Tapi dari segi darjatnya,syakur lebih tinggi darjatnya daripada syukur.Tapi dua-dua ni adalah nikmat syukur dalam keadaan yang berbeza.Ok..aku dah belit.Mesti pening kan3..??Aku bagi 2 kes.


Kes 1
Adam berjaya mendapat 23A++ dalam SPMnya.Adam sangat bersyukur pada Pemberi Kurnia dengan result yang diperolehinya.Dia melompat-lompat pulang ke rumah untuk menunjukkan keputusan SPM kepada ibu bapanya.


Ok..yang ni orang kata apa??Ini boleh kata syukur.


Kes 2
Ar Rayyan mendapat 22A+ dan 1G(gagal) dalam SPMnya.Namun begitu,dia tetap bersyukur pada Pemberi Kurnia dengan resultnya walaupun dia gagal.Dia yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik kegagalannya.Dia berazam untuk terus berusaha dan bersabar atas segala yang berlaku.


Ok..yang ni orang kata syakur.Sifat syukur yang sangat mendalam hatta pabila ditimpa musibah,seseorang itu masih sangat-sangat bersyukur tanpa menyalahkan sedikit pun takdirNya.Malah,sifat ini diiringi dengan sifat sabar.


Kalau nak dibahaskan lagi 2 sifat ini sangatlah panjang.Ada pelbagai pendapat dan hujah(boleh klik kalau nak tahu.Ada 2 link aku bagi) lagi.Walaubagaimanapun,kita boleh jadikan 2 sifat ini sebagai satu motivasi untuk kita terus meningkatkan kualiti amal dan ibadah kita.InsyaAllah.


Kamu syukur kerana kamu bersyukur.So,syukur ni satu nikmat kan?so,bersyukurlah kita apabila kita di kalangan orang yang bersyukur.


M Quraish Shihab dalam buku Menyingkap Tabir Ilahi menuturkan sebuah dialog antara seorang sufi dengan seorang awam sebagai berikut :

‘Seorang sufi bertanya pada seseorang,”Bagaimana syukur menurut Anda?”Lalu dijawab,”Kalau kami memperoleh nikmat, kami memuji Tuhan dan bila tidak, kami bersabar.” Sang sufi berkomentar,”Buat kami tidak demikian. Jika kami mendapat nikmat, kamidahulukan orang lain atas diri kami sehingga kami memberinya (nikmat tersebut) dan walau kami tidak mendapat nikmat, kami tetap bersyukur karena kami merasa bahwa dalam petaka pun kami tidak luput dari nikmatNya.” ‘

Mungkin level kita masih sangat jauh di bawah sang sufi dalam kutipan di atas, namun Asy-Syakur (Sang Maha Penerima Syukur) tidak akan pernah menyia-nyiakan kebajikan yang diperbuat oleh setiap hambaNya meski kadarnya hanya seberat biji sawi.


~Waallahua'lam~

Nota keyboard: Motivasi fatrah exam.~Alhamdulillah,moga kita semua dalam kalangan orang yang bersyukur dan syakur~Jangan dok sebok jeles-jeles bila tengok orang usaha sikit tapi dapat lebih.Syukur+sabar yer!!

2 comments:

ladyzamea said...

terima kaseh atas info ini
syukur..Alhamdulillah..
dapat motivasi percuma!!huhu..

cerimerah said...

Thumbs up..;-)