Wednesday, February 16, 2011

ROJAK yang rasa guna HATI bukan LIDAH

15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1443

Aku masih ingat kata-kata seorang senior ni.
"Ambil semua tapi jangan tinggal semua"
Aku masih mencari maksud sebenar kata-kata ini.Diam.Terpana.
Lama aku fikir,kian hari,mungkin aku faham mksudnya.

Bermula

Tersenyum walaupun ada yg tersirat.

ROJAK medik dentist

Berdiri bersama

Riang

Photographer yg kiut..hihi..

Muka lapar

Tautan hati

Bunga yg tidak mampu menggambarkan rasa rojak

CintaNya tidak lupa



1 kiblat yg sama

Selayang perasaan

Trimas buat semua chef

Ada banyak rasa
Miliki seribu jiwa
Namun hati tetap sama
Ukhwah keranaNya

Terima kasih buat semua yang menjalinkan ukhwah keranaNya.Harap ROJAK dapat ikatkan hati-hati kita.Apa yang baik jadikan tauladan,apa yang buruk jadikan sempadan,sebab itu kita harus cuba ambil semua tapi jangan tinggal semua.Mungkin ini yang aku faham..Segala cacat cela harap dimaafkan.

Seinfiniti perasaan mengiringi aku pulang.Rasa dosa,rasa hina,rasa gembira bercampur jadi satu.Andai terpalit titik hitam,biarkan ianya tinggal disana.Pelbagai cerita,pelbagai komen,pelbagai rasa singgah di telinga.Andai buruk,tinggalkanlah,andai baik ambillah..

"Apa 3 rukun ukhwah??".
  1. Berlapang dada
  2. Bersangka baik(husnuzon)
  3. Melebihkan sahabat(ithsar)
Huuh...kadang-kadang terlupa rukun yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana.

"5 perkara lagi yang kita selalu tidak diingatkan".

Sukar menangis,kerana apa??Hati keras,kerana apa??Banyaknya dosa,kerana apa??Tak takut mati,kerana apa??Cintakan dunia..Hai pemuda!!!jadilah kamu pemuda yang melihat dunia tetapi nampak akhirat kerana dunialah tempat kamu menanam dan akhiratlah tempat kamu menuai hasilnya..

Nota keyboard: Peringatan buat diri sendiri..Terkesan dari kata-kata sahabat-sahabat dalam ROJAK..KeampunanMu sentiasa kami pohon ya Rabbi.Jadikan kami pemuda yang cintakan akhirat. 


Thursday, February 10, 2011

Tiramisu

~Nafsu~


Kali ni aku nak kongsi cara2 nak buat tiramisu.Ni resepi yang paling simple pernah aku tahu sepanjang aku menikmati and menyedut udara milikNya.Resepi asal aku tak tahu la dari sape kan.Tapi yang ni kesinambungan dari apa yang aku blaja dari orang lain jugak.Hope dapat share dengan orang len.Hihihi..

Bahan-bahan
Biskut(apa2 jenis ikut saiz tiramisu)
240g cream cheese(aku guna jenama KIRI,yang kanan aku tak tau ada ke tak)
2 paket serbuk whipping cream
1 1/2 cawan sederhana kecil susu segar
1/2 @ 3/4 cawan sederhana kecil gula(ikut la tahap 'kencing manis' korang)
serbuk koko

Cara-cara

Part 1

  1. Mula-mula,korang campurkan gula dengan cream cheese.Kemudian mixkan dengan mixer sehingga kembang dan gebu.Nak guna tangan pun boleh kalau korang larat la.
  2. Pastu,masukkan susu ke dalam serbuk whipping cream(bekas yang berasingan daripada cream cheese) and mixkan mereka sampai kembang.
  3. And then,korang masukkan cream cheese yang telah dimix dengan gula tadi ke dalam bekas whipping cream.Gaul @ mixkan(ikhtilat) hingga rata dan sebati.
Part 2
  1. Bancuh serbuk koko dengan susu segar ikut kepekatan yang korang suka.
  2. Kemudian,mulalah proses celup mencelup biskut dengan bancuhan coklat tu.
  3. Then susun selapis demi selapis dalam loyang @ bekas yang korang nak guna diselang-selikan lapisan biskut dengan bahan yang telah korang sediakan dalam part 1.(Dalam bahasa omputehnye,"put layer by layer".dalam bahasa arab aku tak sure,"wahdeh wahdeh" kot.
  4. Pabila siap,korang bolehla hias layer atas sekali ikut cita rasa  n kreativiti korang
  5. Then,masukkan dalam freezer lebih kurang setengah jam atau lebih.Lagi lama lagi chill n power.
  6. Last but not least,nganga mulut luas2 macam boya n telan puas2 tiramisu korang tu.Jangan lupa baca doa dulu,kalau tak,tak guna nganga besar2 tapi still tak puas.Pasal apa??pasal korang share tiramisu korang dengan 'En.Tan'...Errr...Banyak plak aku bebel..ok la.selamat mencoba.

nota keyboard: Ni bukan sebab aku da taknak amek request buat tiramisu..kehkehkeh...

Monday, February 7, 2011

Ayah from Mars ibu from venus

Dolu-dolu,aku selalu tengok ayah jalan dalam rumah ke hulu ke hilir sambil kutip sampah.Aku selalu rasa ayah ni cerewet la,asyik nak clean n clear je.Seyes tak tipu,carilah sampah kat atas lantai n kapet kat rumah aku,memang gagal la jawapannya.Kalau ada tu maknanya ayah belom 'round2 the house' la tu.


"Tu,sampah kat tepi kaki tu,kutip-kutip."tegur ayah time aku tengah syiok main game dengan kakak aku.


Aku pandang ayah sambil senyum kambing yang comel".Hehehe..jap yah,jap.ckit ag ni".betapa degil anak kecil itu(aku la tu).


"Hish kamu niiiiiiiiiiii(6/2 harakat)".Laju tangan ayah mengambil sampah di tepi kakiku kaku.


Betapa aku memandang remeh perkara ini,tapi tak sangka,baru kini aku rasa kesan tindakan ayah.Ayah memang cerewet bab2 cmni.Tapi itulah cara ayah mendidik anaknya.Kalau ibu,dia suruh buat jugak n sambil tu bagi tazkirah ckit2(kalau yang ni kadang2 aku terus buat..sopankan ayat aku..kehkehkeh..)


Begitulah bezanya laki n wanita.Tapi tak semua wanita n laki camni.Anyway,ibu n ayah ada cara tersendiri dalam mendidik anak n aku sayang bangat sama mereka.


Ayah n ibu sangat pentingkan aspek kebersihan.Dulu aku memang malas-malas nak buat keje bersih membersih ni sebab aku tahu ibu n ayah yang selalu buat.Hidup selesa dengan cara ibu ayah.Tapi bila da berjauhan,baru aku terasa tuuuuuutttt.....mencari suasana yang sama bermula dengan diri sendiri tanpa talian hayat dari ibu ayah.Takpe,alah bisa tegal biasa.Sudah cukup didikan yang ibu ayah berikan,so,lu pikir la sendiri.


Hadith 23 


عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري قال: قال رسول الله : (( الطهور شطر الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم



Terjemahan hadith


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)


Walaupun ibu ayah tak pernah bagitahu aku hadith ni.Tapi mereka tetap ajar aku bab kebersihan.Kerana apa??kerana mereka tahu kebersihan itu sebahagian dari iman.Kebersihan bukan setakat kebersihan diri,malah juga kebersihan pakaian, tempat tinggal dan segala benda la.Nampak mudah tapi tak semua orang boleh buat sebenarnya.Kadang2 semangat lebih tapi istiqomah kurang.Huh..betapa rendah aku meletakkan iman ini."Ampunkan hambaMu ya Allah".



nota keyboard: mode rindu suasana rumah n ibu ayah.-anakmu yang masih kerdil-




Di sini
epilogku bermula
di sini
ukhwah itu terjalin
di sini
aku mengenal
di sini
aku memahami

andai di sini saja aku berhenti
adakah hari esok untuk aku
mengenal
memahami
erti ukhwah itu

~Jadilah hamba Allah yang bersaudara~