Tuesday, May 24, 2011

maafkan saya teman

hari ini,esok,mungkin selamanya

It is lucky if i'm the one that listen to what you don't say!!


Nota keyboard: mood swinging..rindu nak balik malaysia yang sangat2+dalam fatrah exm+rasa sangat jahat kerana tidak memberi hak kepada kwn a.k.a housemate a.k.a classmate..(T_T)

Monday, April 18, 2011

Goreng pisang,pisang goreng!!





Kematangan itu bukan diukur hanya pada kelantangan seseorang bersuara,malah daripada ketinggian akal fikirannya.

Uhuk...tak bersuara lantang pun takpe lah kalau gitu..

nota keyboard: sangat tak senonoh yer tiap kali mlm nak exam baru nk update blog..sobs..adoiyai,sindrom apakah~

Wednesday, April 13, 2011

Lamaran pertama yang aku terima

Bak kata orang,alam percintaan itu selalunya indah-indah belaka.Apa beza alam percintaan dengan alam pertunangan??Bagi aku tiada beza,dalam alam pertunangan,kita berusaha memupuk rasa cinta.

Apabila sudah dilamar,step yang seterusnya ialah bertunang dan bernikah.Kenapa perlu bertunang??
Untuk persediaan diri sebelum masuk alam pernikahan.

Emmm....cuak jugak rasanya.
Diri ini sudah lama dilamar.
Tunang pun sudah.
Satu lagi step yang belum,iaitu..pernikahan.
Aku pun tak tahu bila hari pernikahan itu.
Kamu,dia,mereka pun tak tahu.
Adakah aku telah sedia untuk hari pernikahan dan hari-hari selepas pernikahan nanti??
Emm...tanya hati,jawablah sendiri yer..Hanya Dia yang Maha Tahu.
Diri ini,sering teringat-ingat si tunang.
Barangkali,begitulah alam pertunangan,rindu,teringat-ingat..tapi seringkali aku bertanya,adakah aku cukup sedia??


Apabila lahirnya seorang insan di muka bumi ini,dilamarnya terus oleh kematian,malah terus diikat dengan pertunangan.
Yer...aku,kamu,dia,mereka..telah bertunang dengan kematian itu,namun,adakah kita sudah bersedia menghadapi alam pernikahan dengan kematian,
Menjalani kehidupan selepas kematian??
Tepuk dada tanya iman.

Sahabatku baru sahaja menerima berita kematian bapanya di Malaysia.
Takziah buat keluarga sahabatku.
Itulah pasangan bagi kehidupan.Kematian.
Kematian itu pasti dan tiada yang terkecuali melainkanNya.
Dan Allah Taala menjadikan setiap musibah itu sebagai peringatan bagi hambaNya yang beriman.
Yang pergi,tetap pergi..yang masih belum bernikah,terus mantapkan persediaan.Agar nanti tidak rugi selepas pernikahan.

Apabila mendengar berita kematian.Apa yang perlu kita lakukan?
Ziarahlah keluarga si mati,ucap takziah,memberi semangat,memberi apa yang kita mampu.
Itulah erti hidup pada pemberi.

Sunat ucapkan takziah pada keluarga si mati,menghiburkan keluarganya yang berduka serta memberikan makanan kepada mereka.Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan ta‘ziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah Subhanah memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

"Buatlah makanan kepada keluarga Ja'far kerana mereka ditimpa sesuatu yang membuatkan mereka sibuk."
(Riwayat Abu Daud)

Nota keyboard: Peringatan buat diri sendiri.Wallahualam..

Wednesday, April 6, 2011

Hati nyamuk vs Hati gajah

Antara hati nyamuk dengan hati gajah,rasanya yang mana satu lebih besar??
Sudah tentu hati gajah kan.
Antara hati yang besar dengan hati yang kecil,mana satu kapasitinya lagi banyak??
Hati besar la.

Suatu petang,seorang cucu mengadu pada neneknya.

"Nek..kenapa manusia ada perasaan??"

"Kalau takde perasaan,manusia lagi teruk la dari haiwan,betul tak??Haiwan pun ada perasaan kan??"Nenek jawab dengan muka selamba.

"Emmm...betol jugak tu".dia bermonolog."Tapi kan nek,tak best la kalau kita ni sensitip sangat,kita ni asyik terasa je,kalau takde perasaan mesti kita tak mudah terguris dengan kata-kata org lain kan??".

Tanpa menjawab,nenek meminta cucunya mengambil secawan air yang diisi dengan garam.Pekat.Sangat pekat.Boleh kena darah tinggi on the spot kalau minum.
Lalu,dia menyuruh cucunya menghirup sedikit air garam tersebut.

"Masin la nek".bebel cucunya sebaik sahaja 1/1000ml daripada air garam itu terkena bud receptor lidahnya.
"Memang la masin,takkan minum air garam rasa manis".Tanpa berkata panjang,dia menyuruh cucunya menuang semua air garam itu ke dalam perigi.Kemudian disuruh cucunya,minum air perigi tersebut lalu dia pun bertanya.

"Kamu rasa masin lagi tak?".
Pantas cucunya menjawab tidak.
"Kenapa tak masin??".
"Sebab air ni dah dilute la nek,perigi ni kan besar,airnya banyak,kalau letak garam secawan mana la rasa".
"Hah..pandai pun.Macam tu jugak hati kita,cuba kalau hati kita besar,apa-apa pun masalah hati yang datang,akhirnya dia boleh dilute camtu je.Takde dah nak terasa dengan perkara yang kecil.Kalau hati kecil,mesti la masalah-masalah hati susah nak larut.Makin lama makin pekat jadinya,tula dok cepat sangat terasa."

Cucunya hanya tersengih sambil berfikir,hebat jugak science nenek aku ni..

Monday, April 4, 2011

kopi pasta

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



~de-hearty~


nota keyboard: mode exam.study sambil dgr lagu.tiba2 tertarik dgn lagu ni..uhuk..

Sunday, March 27, 2011

nothing

malammalamyangsangathardbagiku.everythingmenjadisangatsusahrasanya.ohsangatdalamdelema.

ohorangyangberadadimalaysiatu.tungguakuuntukbuatapaapakeputusan.

mogaAllahtunjukkankitajalankeluar.

YaAllah,keluarkanakudaridelemaini.akuhambamuyanglemah.


nota keyboard: delema ini sangat susah seperti susahnya nak baca ayat-ayat di atas."Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk mengharungi sagala ujian ini."

Saturday, March 26, 2011

Part 1-Gerimis Pelangi

Sudah tiga bulan berlalu.Penantian Addin makin tiba.Entah kenapa hari yang dilalui dirasakan begitu pantas.

"Ad,esok pagi-pagi lagi dah nak gerak ke sekolah kamu.Nape tak tido lagi ni??Dari petang dok menghadap laptop,nanti esok mulalah kamu bangun lambat.Ibu malas nak dengar ayah kamu tu dok membebel."suara ibu memecah sunyi malam.

"Yer bu,Ad nak tidur la ni.Sikit je lagi,Ad tengah 'chat' dengan Biha ni.Dia ingat nak tumpang sekali esok,ayah dia 'outstation'''.

"Hah,dah habis 'chat' nanti terus tidur,jangan nak buat benda lain plak.Pesan kat Biha,esok nak bertolak awal".

Ad hanya senyum tanpa menjawab walaupun sepatah.Kalau di jawab,mula la panjang ceritanya.


****************************************************

"Ad,cepat sikit,ayah dengan abang kamu dah tunggu dalam kereta tu.Biha pun dah sampai.Tula,semalam ibu da suruh tidur awal.Degil."

"Yer bu,da siap da ni,Ad cari kad pengenalan Ad tadi tapi takde,kang tak boleh ambik 'result' kang sia-sia je keluar pagi-pagi".

"IC Ad kan ada kat ibu.Ad bagi ibu pegang hari tu kan.Hish budak ni..pelupa betol".ngomel ibu.

Ad hanya tersenyum kambing kerana malu.Lalu dia berlari anak ke arah kereta ayahnya.Sebaik sahaja masuk,ayahnya memulakan ceramah.Aduh..berdesing telinga Ad dibuatnya.

*************************************************

"Tahniah Ad,tak sangka akhirnya kamu tersenarai dalam pelajar yang mendapat 'straight A'.Kamu pun sama yer Adam.Tahniah.tahniah".

"Terima kasih cikgu,ni pun atas usaha cikgu jugak.Kalau bukan kerana cikgu tak jemu mengajar kami..yedak??".

Sebaik sahaja mendapat 'result' SPM.Ad terus berlari ke arah ibu dan ayah untuk menunjukkan keputusan SPMnya yang cemerlang.

"Tahniah Ad,Adam.Ayah bangga dengan kamu berdua.Hanya kamu berdua permata yang ibu ayah ada.Ayah tiada harta lain melainkan kamu berdua.Ok..lepas ni kita pergi makan,kita 'celebrate' kejayaan kamu semua.Biha pun tahniah,takpe tak dapat 'straight' A.Satu subjek je yang B kan.Ok tu,boleh sambung belajar lagi."

"Emm..terima kasih pak cik."

***************************************************

"Ok..kamu semua duduk dulu,ayah dengan ibu nak pergi ambik 'order' dulu yer".Ibu dan ayah berlalu.

"Weh,korang rasa,korang nak sambung apa lepas ni??"Adam mulakan bicara.

"Ad nak gi 'toilet' jap,korang borak la dulu."Ad bangun dari tempat duduknya..

"Add.......".pintas Adam.Gedebuk...terjatuh da....

Ad bangun dan hanya mencebik bibir kepada lelaki tersebut.Dia berlalu sambil mengomel sendirian.

"Amboi...baiknya cik kak.Da langgar tak reti nak minta maaf.Hei...ko pesan kat kawan ko,awek ko ke and what so ever la.Kalau da buat salah tu jangan jadi macam orang bisu".

Adam hanya tersenyum.Sebaik sahaja lelaki itu berlalu,dia dan Biha ketawa bagai nak pecah perut.Mereka ketawa terbahak-bahak sehingga Ad sampai semula ke meja tempat mereka duduk.

"Eh.eh.eh...amboi-amboi.Seronoknya korang yer.Apsal ketawa macam nampak badut ni??".sindir Ad..

"Takde lah dek,laki yang adek langgar gila marah kat adek tadi.Siap pesan suruh abang cakap kat adek.kalau da buat salah jangan jadi macam orang bisu".Adam menggayakan seperti lelaki tersebut..

Serentak hilai tawa mereka memecah apabila melihat gaya Adam.

"Ah..dia yang buta,pandai plak nak kata orang bisu."kata Ad setelah penat ketawa.Terlihat lelaki tadi lalu disebelahnya memandang dengan penuh geram.Ad buat muka selamba sambil menjeling dengan mata yang tajam.


bersambung........