Saturday, March 30, 2013

Kisah kapal korek

Petang itu,aku pulang lewat ke asrama.Niat di hati mahu mengambil beberapa buah buku di kelas.Peperiksaan pertengahan tahun baru saje berakhir.Sampai sahaja di bangunan blok c,lantas ku memanjat tangga-tangga menuju ke kelas A1.Blok C ketika itu sangat hening,tiada sebarang kelibat manusia kelihatan.Tanpa berlengah,aku terus ke 'loker' buku mengambil beberapa buah novel remaja.

"Hah..kali ni aku nak habiskan 2 buah novel,'best' jugak layan novel jiwang lepas 'exam' camni",ku bermonolog.Dua buah novel terbitan Alaf 21 ku gapai.Kemudian aku ke meja belajar untuk menyimpan beberapa buku teks yang kubawa bersama di bawah meja.Kelihatan sehelai nota kecil bewarna hijau bersama sepapan coklat cadburry di atas meja.Tanpa berfikir panjang,aku mengambilnya dan meninggalkan kelas.

Setibanya di pintu bilik,'roomate'ku pantas bertanya...

"Weh susah GILA soalan tadi,kau boleh jawab tak?"
"Tahu xpe,susah GILA kot,aku jawab je,janji ada jawapan.Sekarang malas nak fikir,aku nak marathon 2 novel."
"Eh kau,bajet je lebih,nanti dapat kertas,markah 'power' jugak..menyampah aku.Weh,tadi aku nampak ada budak laki letak sesuatu kat meja kau.Benda apa??"
"Oo..yeke.emm..tak tahu lah.kau salah tengok kot".Pah kutipu,dalam hati mula berbunga..
........................................................................................................................................................

"Perhatian kepada Ramlah Johari,sila turun ke dewan makan sekarang,ada penjaga sedang menunggu.ulang suara......."

"Eh..papa aku dah sampai lah.ok,jumpa lagi,nanti cuti-cuti jangan lupa 'contact'".Aku berpesan kepada rakan sebilik sambil bersalaman.Setelah sebulan berperang dengan SPM,akhirnya tibalah waktu yang ditunggu-tunggu.Yeay!!!aku bukan lagi budak sekolah.Banyak perancangan di musim cuti.Aku nak layan movie korea puas-puas,nak lepak-lepak dengan kawan,nak melancong,nak 'shopping' banyak-banyak.Wah..'best'nya,dapat 'enjoy' kehidupan sebagai seorang remaja.

........................................................................................................................................................

Beberapa tahun kemudian.......

Begitulah kehidupan yang telah ku lalui satu masa dahulu.Aku bukan budak sekolah agama,keluargaku bukan berlatar belakangkan ustaz dan ustazah mahupun terlibat dalam jemaah Islamiah.Sebagai anak muda,aku lebih suka kehidupan yang bebas tanpa banyak tangungjawab.

Kini,aku bukan seorang aku yang dulu.Masa yang singkat berlari begitu pantas.Aku berpeluang menyambung pelajaran jauh dari tanah air tercinta.Berjauhan daripada keluarga mengajar aku erti kehidupan.Aku mencari identiti diri,kesusahan dan kepayahan ditempuhi sendiri.

Di sini,seseorang yang hebat dan aku segani muncul dalam hidupku.Dia banyak mengajarku,aku mula mengenali sebuah hakikat kehidupan seorang hamba.Aku mula menyedari kesilapan dan kelompongan yang ada dalam setiap detik hariku yang lepas.Dia seorang murobbiah,mengesani hati seorang muslim supaya kembali pada cara hidup seorang Islam yang sebenar.

'Usrah','tarbiyah','dakwah','ukhwah',mula mendarah daging dalam hidupku sejak perkenalanku dengannya.Ya benar,aku bukan orang yang mudah menerima,bukan juga orang yang mudah menolak.Namun,aku mula jatuh cinta pada tarbiyah ini atas keindahan akhlaknya.Dia benar-benar mengesani aku.Dia mengajak aku untuk menjadi seorang yang lebih baik,menjadi hamba yang patuh,memahami jerih payah rasulullah dalam menyebarkan 'deen' ini.

Tidak aku nafikan,ianya bukan mudah bagiku,banyak halangan dan cabaran.Banyak menguji kesabaran.Mungkin ianya sukar dek kotornya jiwa dan hati ini.Mana mungkin tarbiyah yang suci singgah pada hati yang kotor.Namun,tarbiyah itu sifatnya bukan mengganti,tapi ia merawat jiwa dan hati yang rosak,membuang sifat mazmumah,mengawal hawa nafsu.Semua itu bermula dengan tarbiyah.

"Kalau nak berubah ke arah kebaikan,kalau nak buat perkara-perkara baik,jangan fikir banyak kali Ram,terus je buat,syaitan pun tak fikir banyak kali untuk halang kita."kata-kata itu bermain-main dalam mindaku.Aku berfikir sejenak,tidak semena-mena fikiranku menerawang ke masa lampau.Tiba-tiba terasa air hangat mengalir di pipi."Allahu,malunya aku dengan kejahilan ku dahulu.Hidupku kini jauh berbeza dengan masa lampau.Aku seolah-olah baru dikejutkan dari mimpi yang panjang.Ampuni aku atas kejahilanku ya Allah,ampuni aku atas kelalaianku ya Rahman,ampuni aku atas kelupaan aku ya Rahim".bisik naluriku..

Aku mula berazam untuk mengenggam erat tarbiyah ini.Tidak akan aku lepas setelah menyedari kesilapan lalu.Andai disingkap segala kisah silam,aku bagai malu untuk berdiri apatah lagi untuk menonjol diri.Aku malu pada Allah Pencipta Agung,aku malu pada Rasulullah yang menyampaikan dakwah ini sehingga aku dapat merasai nikmat Islam.Aku bersyukur kerana diberi peluang ini.Aku bersyukur mempunyai seorang murobiah yang sentiasa menyokong dan memberi kekuatan untuk aku terus thabat dalam jalan dakwah dan tarbiah ini.Sentiasa membantu aku untuk membuang sifat-sifat mazmumah dan menyuburi sifat-sifat mahmudah di dalam jiwa.Alhamdulillah...aku menghela nafas panjang..

.................................................................................................................................................................

Mana mungkin kita menikmati Islam dengan hanya bersenang-lenang sekarang,sedangkan satu masa dahulu ar-Rasul s.a.w dan para sahabat berpenat lelah menyebarkan Islam.Rasulullah dicaci,dihina,difitnah,dikatakan gila,tetapi Rasulullah tetap meneruskan tugasan yang mulia ini,iaitu menegakkan Islam di atas muka bumi.Tidak malukah kita di akhirat kelak sibuk menuntut syafaat daripada Rasulullah sedangkan di dunia tidak pernah terfikir untuk menyambung sunnah terbesar Rasulullah s.a.w ini??




قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لِعَلِيٍّ: ((فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ)) (رواه البخاري ومسلم وأحمد)
Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Thalib: “Demi Allah, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan (dakwah)mu maka itu lebih baik bagimu dari unta merah.” (Bukhari, Muslim & Ahmad).
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani ketika menjelaskan hadits ini mengatakan bahwa: “Unta merah adalah kenderaan yang sangat dibanggakan oleh orang Arab saat itu.”Hadits ini menunjukkan bahwa usaha seorang da’i menyampaikan hidayah kepada seseorang adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah swt, lebih besar dan lebih baik dari kebanggaan seseorang terhadap kenderaan mewah miliknya.Adakah kita masih merasa ragu terhadapnya??Adakah kita masih sangsi dengan ganjaran Allah s.w.t terhadap hambaNya yang melaksanakan kebajikan ini??

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan merendahkan diri kepada Tuhan,mereka itu penghuni syurga,mereka kekal di dalamnya."(Hud:55)


Imam Syahid Hasan Al-Banna berkata di dalam Risalah Muktamar Kelima: “Sesungguhnya proses pembinaan umat dan mendidik masyarakat, menggapai cita-cita dan memenangkan prinsip memerlukan ummah yang memiliki ‘kekuatan jiwa’ yang terungkap seperti berikut; keinginan yang padu yang tidak mampu dilemahkan, kesetiaan tanpa pengkhianatan, pengorbanan yang mulia yang membuang rasa bakhil dan mengetahui prinsip dan beriman dengan prinsip tersebut.
Di sinilah perjuangan kita bermula. Tarbiyah jiwa di permulaan dan di pengakhiran jalan.Moga kita terus diberi kekuatan dan thabat di atas jalan ini.
Nota keyboard: Alhamdulillah atas segala nikmat.cerita ni aku kopipes dari kisah seseorang,tapi diubah sikit mengikut kesesuaian.moga kita dapat ibrah dan semangat!!!



Tarbiyah itu tiada penghujungnya

No comments: