Wednesday, April 6, 2011

Hati nyamuk vs Hati gajah

Antara hati nyamuk dengan hati gajah,rasanya yang mana satu lebih besar??
Sudah tentu hati gajah kan.
Antara hati yang besar dengan hati yang kecil,mana satu kapasitinya lagi banyak??
Hati besar la.

Suatu petang,seorang cucu mengadu pada neneknya.

"Nek..kenapa manusia ada perasaan??"

"Kalau takde perasaan,manusia lagi teruk la dari haiwan,betul tak??Haiwan pun ada perasaan kan??"Nenek jawab dengan muka selamba.

"Emmm...betol jugak tu".dia bermonolog."Tapi kan nek,tak best la kalau kita ni sensitip sangat,kita ni asyik terasa je,kalau takde perasaan mesti kita tak mudah terguris dengan kata-kata org lain kan??".

Tanpa menjawab,nenek meminta cucunya mengambil secawan air yang diisi dengan garam.Pekat.Sangat pekat.Boleh kena darah tinggi on the spot kalau minum.
Lalu,dia menyuruh cucunya menghirup sedikit air garam tersebut.

"Masin la nek".bebel cucunya sebaik sahaja 1/1000ml daripada air garam itu terkena bud receptor lidahnya.
"Memang la masin,takkan minum air garam rasa manis".Tanpa berkata panjang,dia menyuruh cucunya menuang semua air garam itu ke dalam perigi.Kemudian disuruh cucunya,minum air perigi tersebut lalu dia pun bertanya.

"Kamu rasa masin lagi tak?".
Pantas cucunya menjawab tidak.
"Kenapa tak masin??".
"Sebab air ni dah dilute la nek,perigi ni kan besar,airnya banyak,kalau letak garam secawan mana la rasa".
"Hah..pandai pun.Macam tu jugak hati kita,cuba kalau hati kita besar,apa-apa pun masalah hati yang datang,akhirnya dia boleh dilute camtu je.Takde dah nak terasa dengan perkara yang kecil.Kalau hati kecil,mesti la masalah-masalah hati susah nak larut.Makin lama makin pekat jadinya,tula dok cepat sangat terasa."

Cucunya hanya tersengih sambil berfikir,hebat jugak science nenek aku ni..

5 comments:

ladyzamea said...

sangat bagus nenek itu...
pinjam nenek itu sehari boleh tak...
ader bnyak soalan sains nak tanya ni...huhuhu

cerimerah said...

haha...nenek ni ad dlm utan,ssh nk cari,barangkali sdg bz buat kajian..heheh..

Izzati Hashim said...

nenek zaman skrg, sebut dilute tu hehehe :D

nayl said...

best..haha best btol ada nenek cool camtu

cerimerah said...

zati n nayl: tu zmn skrunk,zmn lps2 ni ntah cmne..