Saturday, March 26, 2011

Part 1-Gerimis Pelangi

Sudah tiga bulan berlalu.Penantian Addin makin tiba.Entah kenapa hari yang dilalui dirasakan begitu pantas.

"Ad,esok pagi-pagi lagi dah nak gerak ke sekolah kamu.Nape tak tido lagi ni??Dari petang dok menghadap laptop,nanti esok mulalah kamu bangun lambat.Ibu malas nak dengar ayah kamu tu dok membebel."suara ibu memecah sunyi malam.

"Yer bu,Ad nak tidur la ni.Sikit je lagi,Ad tengah 'chat' dengan Biha ni.Dia ingat nak tumpang sekali esok,ayah dia 'outstation'''.

"Hah,dah habis 'chat' nanti terus tidur,jangan nak buat benda lain plak.Pesan kat Biha,esok nak bertolak awal".

Ad hanya senyum tanpa menjawab walaupun sepatah.Kalau di jawab,mula la panjang ceritanya.


****************************************************

"Ad,cepat sikit,ayah dengan abang kamu dah tunggu dalam kereta tu.Biha pun dah sampai.Tula,semalam ibu da suruh tidur awal.Degil."

"Yer bu,da siap da ni,Ad cari kad pengenalan Ad tadi tapi takde,kang tak boleh ambik 'result' kang sia-sia je keluar pagi-pagi".

"IC Ad kan ada kat ibu.Ad bagi ibu pegang hari tu kan.Hish budak ni..pelupa betol".ngomel ibu.

Ad hanya tersenyum kambing kerana malu.Lalu dia berlari anak ke arah kereta ayahnya.Sebaik sahaja masuk,ayahnya memulakan ceramah.Aduh..berdesing telinga Ad dibuatnya.

*************************************************

"Tahniah Ad,tak sangka akhirnya kamu tersenarai dalam pelajar yang mendapat 'straight A'.Kamu pun sama yer Adam.Tahniah.tahniah".

"Terima kasih cikgu,ni pun atas usaha cikgu jugak.Kalau bukan kerana cikgu tak jemu mengajar kami..yedak??".

Sebaik sahaja mendapat 'result' SPM.Ad terus berlari ke arah ibu dan ayah untuk menunjukkan keputusan SPMnya yang cemerlang.

"Tahniah Ad,Adam.Ayah bangga dengan kamu berdua.Hanya kamu berdua permata yang ibu ayah ada.Ayah tiada harta lain melainkan kamu berdua.Ok..lepas ni kita pergi makan,kita 'celebrate' kejayaan kamu semua.Biha pun tahniah,takpe tak dapat 'straight' A.Satu subjek je yang B kan.Ok tu,boleh sambung belajar lagi."

"Emm..terima kasih pak cik."

***************************************************

"Ok..kamu semua duduk dulu,ayah dengan ibu nak pergi ambik 'order' dulu yer".Ibu dan ayah berlalu.

"Weh,korang rasa,korang nak sambung apa lepas ni??"Adam mulakan bicara.

"Ad nak gi 'toilet' jap,korang borak la dulu."Ad bangun dari tempat duduknya..

"Add.......".pintas Adam.Gedebuk...terjatuh da....

Ad bangun dan hanya mencebik bibir kepada lelaki tersebut.Dia berlalu sambil mengomel sendirian.

"Amboi...baiknya cik kak.Da langgar tak reti nak minta maaf.Hei...ko pesan kat kawan ko,awek ko ke and what so ever la.Kalau da buat salah tu jangan jadi macam orang bisu".

Adam hanya tersenyum.Sebaik sahaja lelaki itu berlalu,dia dan Biha ketawa bagai nak pecah perut.Mereka ketawa terbahak-bahak sehingga Ad sampai semula ke meja tempat mereka duduk.

"Eh.eh.eh...amboi-amboi.Seronoknya korang yer.Apsal ketawa macam nampak badut ni??".sindir Ad..

"Takde lah dek,laki yang adek langgar gila marah kat adek tadi.Siap pesan suruh abang cakap kat adek.kalau da buat salah jangan jadi macam orang bisu".Adam menggayakan seperti lelaki tersebut..

Serentak hilai tawa mereka memecah apabila melihat gaya Adam.

"Ah..dia yang buta,pandai plak nak kata orang bisu."kata Ad setelah penat ketawa.Terlihat lelaki tadi lalu disebelahnya memandang dengan penuh geram.Ad buat muka selamba sambil menjeling dengan mata yang tajam.


bersambung........

2 comments:

Anonymous said...

im..mane sambungannye? -___-'
-athirah-

cerimerah said...

heee...skrunk bz sgt,x mnyempat nk smbung,idea da mcm2 tpi..huhu..insyaAllah klau smbung nnti im gtau..=)