Wednesday, December 26, 2012

Penampar angin


me: assalamualaikum,*** sihat??apa kabar,lama x dgr suara..
***: alhamdulillah sihat.kimah??

    ...................................................
***: berilah nasihat pd ***
me: Allah,*** la bgi nasihat kat kimah.

Dia pun berkongsi pdku tentang niat.Katanya,belajar ni banyak kena jaga niat.Bukan setakat belajar,apa saje yg kita lakukan kena jaga niat.

Kebetulan aku baru saje membaca blog tentang 3 org sahabat dlm perang mu'tah.Hanya kerana detikan kecil di hati,darjat syurga mereka berbeza.Yelah...niat tu kn datangnya dari hati.So bermaksud,menjaga niat ini termasuk dlm menjaga hati.Oh...ingat senang ke??

http://travelog-daie25.blogspot.com/2012/12/segumpal-daging.html ,ni blog yg aku baca tu.sedikit sebanyak mmg rasa dpt penampar.

Berbalik kpd cerita ukhti tadi.Sebenarnya,aku nak cerita pasal ukhti ni.Subhanallah...spnjang aku mengenali dia,tidak pernah aku mendengar kalam2 yang lagha dari mulutnya..Dia seorang yang menjaga kalam.Itulah salah satu sifat seorang daei ilallah kan??


Entah kenapa hati ini terdetik utk menelefonnya.Seolah-olah,naluri ini berkata ada something yg akn ku dapat apabila menelefonnya.Yup...tepat,sekaligus dia meng'share' something,yg aku rasa adalah satu ujian yg tengah aku alami sekarang ni.

MasyaAllah,sungguh hebat aturan Allah S.W.T dalam mengatur hati-hati manusia.Dia Maha Tahu segalanya.Dia menggerakkan hati aku utk menelefon ukhti tersebut.Alhamdulillah,aku rasa bersyukur.


Pelbagai cara Allah nak tegur hambaNya.Selagi hidup ini meletakkan segala pergantungan sepenuhnya pada Dia,Dia akan sentiasa menuntun kita ke arah kebenaran.Jatuh,bangun,tunggang terbalik itu adalah lumrah seorang hamba yg penuh dosa.Tapi,jgn sesekali kita berputus asa mencari rahmat dan magfirahNya.Mungkin dia adalah ukhti yg Allah pilih utk bagi nasihat padaku.

"Dan Dialah yang menerima tobat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,dan Dia memperkenankan(doa) orang-orang yang berimandan mengerjakan kebaikan serta menambah (pahala) kpd mereka dari karuniaNYa.Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang sgt keras."~Asy -syura:25 dan 26~


Semoga Allah permudahkan segala urusan ukhti ni.Tambahan lagi dia bakal menghadapi final exm buat final semnya.

No comments: